Dalam membahaskan bukti-bukti material tentang kewujudan Allah, adalah lebih baik dimulai dengan membahaskan tentang kewujudan makhluk itu sendiri. Ia merupakan bukti paling dekat dan jelas dengan kita. Ia sentiasa berada di hadapan kita dan kita temui sehari-hari. Hakikat kewujudannya memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa jua.
Tumbuh-tumbuhan, haiwan, manusia,dan seluruh makhluk-Nya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah. Semua bersaksi bahawa adanya buktibukti tentang kesaanya yang tidak memerlukan perbahasan, pemikiran, dan fahaman yang sulit.
Kebebasan takdir Allah dapat disaksikan pada haiwan. Banyak haiwan yan mempunyai kekuatan beberapa kali ganda dari kekuatan manusia tetapi digunakan dan ditundukkan oleh Allah s.w.t. bagi kepentingan manusia. Sebagai contoh ialah lembu, kuda, kerbau, gajah, ikan lumba-lumba (dolphin)dan haiwan yang terkenal ganas seperti harimau, anjing dan singa.
Lembu, kuda, kerbau dan gajah merupakan binatang yang bertubuh besar dan mempunyai kekuatan yang berganda berbanding seorang manusia. Dengan hanya meletakkan sebuah tapak kakinya ke atas seorang manusia seekor gajah dapat membunuh seorang manusia. Hakikatnya Allah yang maha pencipta diatas segala haiwan tersebut.